Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Anwar Tetap Pertahan Prinsip

Anwar Tetap Pertahan Prinsip

KUALA LUMPUR, PKR tidak akan menggadaikan prinsipnya hanya semata-mata untuk terus berkuasa dan bersekongkol dengan ‘kelompok lama’ yang merosakkan negara.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata parti itu juga kekal dengan landasan untuk menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Izinkan saya jelaskan bahawa kita sudah mengambil jalan yang tegas mengikut landasan perjuangan kita.

“Kita diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang merosakkan negara. Kita memilih untuk kekal dengan prinsip. Yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Beliau mengakui menghidu apa yang disebutkan sebagai satu tindakan ‘khianat’ dalam kalangan pemimpin tertentu, namun memilih untuk kekal dalam prinsipnya.

Prinsip pertama, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kedua, prinsip Islam dan Melayu tidak dipertikaikan, menjadi asas negara kita. Kita adalah negara yang pelbagai kaum, agama, dan mesti merangkul semua kaum serta agama.

“Ketiga, ekonomi kita tidak harus menghalalkan rompakan oleh segelintir penguasa, tetapi untuk memastikannya dipacu dengan lebih maju dan meyakinkan, tetapi menjamin pengagihan yang adil dan saksama.

“Petani, nelayan, pekerja, penjawat awam sedang alami tekanan hidup dan masalah. Kita tidak boleh izinkan harta kekayaan dirompak,” katanya.

Leave a Reply

Top