Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Anwar Sanggup Ke Penjara Demi Rakyat

Anwar Sanggup Ke Penjara Demi Rakyat

Oleh; LoganĀ 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menoleh ke belakang. Biarpun ranjau dan duri menanti di depan beliau sama sekali tidak akan berundur demi mempertahankan prinsip perjuangan.

Salah seorang ‘orang kuat’ Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu beliau bahawa perjuangannya iaitu mahu membela nasib rakyat adalah keutamaannya bukan pangkat dan darjat sepertima anggapan sesetengah pihak terhadap Anwar.

“Ketika saya tanya Anwar sekarang ini semua senjata menghala kepadanya. Andai kata salah satu peluru mampu membunuh karier politiknya tidakkah beliau bimbang.

“Apa dia cakap. Politik ini bukan untuk mengejar jawatan ataupun pangkat. Sebaliknya membela nasib rakyat adalah keutamaannya.

“Kata Anwar lagi beliau sanggup masuk penjara untuk kali ketiga demi memperjuangkan nasib rakyat.

“Beliau menyerahkan kepada takdir mengenai masa depan politiknya dan pada masa yang sama beliau memohon orang ramai mendoakan agar segala perkara yang berlaku pada masa ini dapat diselesaikan dengan cara baik”

Pengikut setia Anwar yang enggan namanya disiarkan memberitahu perkara ini ketika ditanya perkembangan semasa Anwar selepas partinya iaitu PKR terpalit krisis antara beliau dengan timbalannya Datuk Sei Azmin Ali.

Beliau yang amat rapat dengan keluarga Anwar dan setiap minggu berkumpul di rumah Presiden PKR di Segambut itu memberitahu bahawa perjanjian dua tahun Anwar akan menjadi Perdans Menteri memang ada kebenarannya.

“Masa perjanjian tersebut dibuat Anwar masih lagi dalam penjara. Tetapi keempat-empat presidem parti iaitu Bersatu, PKR, Amanah dan DAP telah bersetuju selepas Tun ialah Anwar,” kata pemimpin PKR Segambut ini.

Kata pemimpin berusia 67 tahun ini oleh kerana itu satu perjanjian yang juga dipersetujui oleh Tun Mahathir adalah baik orang ramai serta pemimpin parti di semua peringkat tidak bercakap lagi mengenai perkara ini.

Sebaiknya diserahkan sahaja kepada Tun Mahathir yang turut mempersetujui bahawa beliau adalah Perdana Menteri selama dua tahun sahaja dan selepas itu akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

“Tun yang kita kenali tidak pernah mungkir janji. Jadi kita tunggu sahajalah Mei tahun depan,” katanya.

Leave a Reply

Top