Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Anwar Mengadap Agong

Anwar Mengadap Agong

KUALA LUMPUR, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras menuju ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 12 tengah hari ini.

Anwar yang memakai pakaian kemeja dan blazer hitam menaiki kenderaan Jabatan Penjara Malaysia diiringi isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan perkarangan ini kira-kira pukul 11.33 pagi.

Selain itu, Anwar sempat melambai dan senyum kepada penyokongnya serta pengamal media, namun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Anwar dikawal ketat oleh beberapa pegawai dan anggota polis manakala perjalanan Anwar menuju ke Istana Negara diiringi lima buah dan dua buah motosikal pengiring daripada Jabatan Penjara Malaysia.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara di Penjara Sungai Buloh sejak Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Leave a Reply

Top