Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Anwar Boleh Komen Apa Saja

Anwar Boleh Komen Apa Saja

KUALA LUMPUR, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas mengulas berkaitan apa sahaja isu kerana beliau tidak berada dalam Kabinet.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kabinet akan tetap dengan keputusan sebaik mencapai persetujuan bersama.

“(Anwar) seperti orang lain. Beliau boleh ulas, buat apa saja komen… beliau bukan dalam kerajaan.

“Mereka yang tiada dalam kerajaan boleh beri komen. Mereka boleh kata apa saja tetapi kami adalah kerajaan,” katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia.

Malaysiakini melaporkan ada pihak yang tidak senang apabila Anwar mengeluarkan kenyataan berkaitan dasar kerajaan.

Sebelum ini, Anwar pernah menegur Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar menyerahkan tanggungjawab membongkar salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

Katanya, status sebagai Menteri Kewangan itu lebih sensitif yang mempengaruhi pelaburan asing.

Sebelum ini, laporan Moody’s Investors Service yang menyebut fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang dibimbangi penganalisis akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekaligus menjejaskan keyakinan pelabur asing.

Sebelum memenangi PRU14, Mahathir pernah mengumumkan perancangan mengangkat Anwar sebagai penggantinya dalam tempoh dua atau tiga tahun namun tiada tarikh dinyatakan.

Melalui wawancara itu juga, Mahathir berkata beliau boleh bekerjasama dengan pihak yang tidak bersetuju dengannya.

“Saya sentiasa boleh kekal dan bekerja dengan mereka yang menentang saya. Ada ramai yang menentang saya tetapi saya (berjaya) menanganinya.

“Jika saya tidak dapat tanganinya, saya akan letak jawatan,” katanya.

Leave a Reply

Top