Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Anwar Ada Di Dewan Rakyat’

‘Anwar Ada Di Dewan Rakyat’

KUALA LUMPUR, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan mesej tular mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.

Fahmi turut menafikan ada mengeluarkan kenyataan kononnya mengesahkan pertemuan itu, seperti yang disebar menerusi mesej berkenaan.

“Saya tidak ada keluarkan sebarang mesej mengesahkan kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Negara.

“Ini adalah satu taktik yang cukup jelik, kotor, dan saya akan buat laporan polis hari ini kerana nama saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan maklumat tidak benar, palsu, fitnah dan bermotif politik.

“Datuk Seri Anwar ada di Dewan Rakyat pagi ini. Maklumat itu disampaikan oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pagi tadi, pihak media menerima satu mesej tular kira-kira jam 9.45 pagi mendakwa Fahmi mengesahkan Anwar berada di Istana Negara untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pihak media bagaimanapun melihat kehadiran Anwar di Dewan Rakyat pada jam 10.10 pagi.

Leave a Reply

Top