Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Pengamal media tempatan sekali lagi berpeluang merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM90,000, yang ditawarkan menerusi Anugerah Media Pembinaan (AMP) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2018.

Anugerah dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya  itu, adalah sebagai mengiktiraf usaha wartawan dan jurugambar yang komited membuat liputan berkaitan sektor pembinaan.

Menurut kenyataan CIDB hari ini, sebanyak tiga anugerah bakal menjadi rebutan iaitu Anugerah Media Cetak (Berita dan Rencana), Anugerah Media Elektronik dan Siaran Dalam Talian (Berita dan Dokumentari) dan Anugerah Fotografi.

Wang tunai sebanyak RM5,000 ditawarkan untuk pemenang pertama, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga) selain sijil penghargaan serta trofi bagi setiap kategori.

Mereka yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghantar karya yang disiarkan dan diterbitkan dari 31 Julai 2017 sehingga 30 Jun 2018, kepada Institut Akhbar Malaysia (MPI), selewat-lewatnya pada 30 Julai 2018.

Setiap karya perlulah berkisar isu sektor pembinaan sebagaimana terdapat dalam empat teras strategik Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020,iaitu Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme; Kemampanan Alam Sekitar; Produktiviti serta Pengantarabangsaaan.

Menurut kenyataan itu lagi, penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan dan jurugambar sepenuh masa dengan organisasi media cetak, elektronik dan portal media yang diiktiraf Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi di www.mpi.my dan www.cidb.gov.my.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *