Penyerang Manchester United, Anthony Martial berkira-kira untuk menyertai Sevilla menerusi pinjaman walaupun berkemungkinan tidak dilepaskan kelabnya.

Sevilla telah membuat permintaan bagi mendapatkan pemain Perancis berkenaan untuk baki musim ini selepas Martial dikatakan kecewa dengan peluangnya untuk beraksi di United.

Bagaimanapun, Jose Mourinho didakwa telah memberitahu pemain berusia 21 tahun itu supaya berusaha lebih keras untuk mendapat tempat.

Daily Mail melaporkan, wakil Martial telah membuat kenyataan bahawa Sevilla sebuah kelab yang baik dan berada di landasan terbaik termasuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Martial menyertai United dari Monaco dengan yuran perpindahan bernilai £36 juta pada tahun lalu.

Selain itu, pemain tersebut turut dikatakan kecewa apabila Mourinho bertindak menyerahkan jersi nombor sembilan kepada Zlatan Ibrahimovic pada awal musim ini.

Selain Sevilla, West Ham antara kelab yang membuat permintaan untuk mendapatkan Martial menerusi pinjaman.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *