Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Annuar Musa Turut Dicalonkan Untuk Jawatan Presiden KAFA

Annuar Musa Turut Dicalonkan Untuk Jawatan Presiden KAFA

KOTA BHARU, Bekas presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa di antara empat yang dicalonkan untuk menerajui Peratuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam kongres luar biasa (EGM) kelab itu 6 Julai ini selepas tamat masa untuk penyerahan borang pencalonan pada pukul 12 tengah hari tadi.

Tiga lagi individu yang mendapat pencalonan ialah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Jawatan timbalan presiden pula bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara penyandangnya Datuk Seri Affandi Hamzah; aib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail; ahli perniagaan, Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Mohammad Yusri Ismail.

Bagi tiga kerusi naib presiden pula bakal menyaksikan pertembungan sembilan penjuru di antara Ahmad Muzakir Hamid; Datuk Rowi Dollah; Datuk Shaari Mat Hussain; Effendy Yahya; Hassan Hasbullah; Azman Ibrahim; Muhammad Affiq Kamaruzaman; Profesor Dr. Zaliman Sauli dan Wan Rekemi Wan Zahari.

Dalam pada itu, 29 orang telah dicalonkan untuk merebut 10 tempat sebagai Exco Kafa.

Sementara itu, Affandi berkata, pengesahan penerimaan pencalonan daripada calon hendaklah dihantar kepada Kafa sebelum pukul 12 tengah hari Selasa ini.

“Sekretariat Kafa akan menghubungi kesemua calon-calon untuk membuat pemakluman terlebih dahulu dan mereka perlu mengesahkan menerima pencalonan pada masa yang ditetapkan.

“Pemilihan ini memperlihatkan suburnya budaya demokrasi dalam badan induk bola sepak Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Prosedur pemilihan Kafa ialah hanya 11 ahli gabungannya iaitu sembilan persatuan bola sepak jajahan (PBJ); Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) dan Persatuan Bola Sepak Cina (KCFA) dibenarkan untuk membuat pencalonan bagi merebut kesemua jawatan yang dipertandingkan.

Kafa akan menghubungi individu yang dicalonkan dan kesemua mereka yang dicalonkan perlu memberikan pengesahan untuk bertanding atau menarik diri dalam tempoh yang ditetapkan.

Lima wakil daripada setiap PBJ dan masing-masing satu daripada PBSMK serta KCFA akan mengundi pada EGM Kafa iaitu 5 Julai ini.

Pemilihan itu diadakan selepas tujuh PBJ membuat resolusi mendesak persatuan itu mengadakan EGM secepat mungkin selepas Presidennya, Bibi Ramjani Illias Khan meletakkan jawatan pada 18 Jun lalu.

Pencalonan pemilihan Kafa

Presiden

1. Wan Abd Rahim Wan Abdullah

2. Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz

3. Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman

4. Tan Sri Annuar Musa

Timbalan Presiden

1. Mohammad Yusri Ismail

2. Datuk Seri Affandi Hamzah

3. Datuk Seri Mohd. Zumridi Tambi

4. Datuk Rosmadi Ismail

Naib Presiden

1. Ahmad Muzakir Hamid

2. Datuk Rowi Dollah

3. Datuk Shaari Mat Hussain

4. Effendy Yahya

5. Hassan Hasbullah

6. Azman Ibrahim

7. Muhammad Affiq Kamaruzaman

8. Profesor Dr. Zaliman Sauli

9. Wan Rekemi Wan Zahari

Leave a Reply

Top