Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Ancaman Turki Bimbangkan AS

Ancaman Turki Bimbangkan AS

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memperbaharui ancaman untuk memusnahkan puak Kurdis, Syria kali ini di kawasan timur laut negara terjejas perang itu di lokasi tentera Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, serangan Turki terkena kedudukan Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG), ketika Ankara memberi amaran serangan baharu untuk membersihkan militan itu dari sempadannya.

Amerika Syarikat (AS) dilihat terdesak menangani ketegangan itu, ketika ia mahu mengekalkan YPG sebagai rakan penting dalam pertempuran memerangi kumpulan pengganas Daesh.

Sejak 2016, Turki menjalankan dua operasi menentang militan Kurdis di Syria, kali terakhir menyaksikan pemberontak Syria disokong Ankara menawan kawasan barat laut Afrin, Mac lalu.

Sejak itu, Erdogan berulang kali mengancam untuk mara ke barat ke lebih banyak kawasan Kurdis, namun penganalisis berkata, tempoh masa lama meningkatkan kemungkinan amaran itu.

Turki menjadi pengantara perjanjian dengan Russia, September lalu untuk mengekang serangan rejim di kubu kuat pemberontak di barat laut Idlib, bagi membolehkannya mara ke wilayah Kurdis jauh ke timur.

Dalam arena diplomasi dunia, Ankara kukuh dan mahu menggunakan kelebihan diplomatik, ketika seteru serantau, Arab Saudi berdepan kemarahan dunia berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Hubungan Turki dengan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), AS kian pulih, selepas ia membebaskan paderi Amerika, Andrew Brunson dari tahanan, bulan lalu.

Dengan serangan di timur Sungai Furat, penganalisis berkata, Erdogan sedang melakukan cubaan untuk melihat bagaimana AS akan bertindak balas.

“Beliau sedang cuba menilai sejauh mana tindakan ketenteraan boleh diambil di timur Furat, sebelum AS bertindak balas secara negatif,” kata penganalisis Center for a New American Security, Nicholas Heras. – AFP

Leave a Reply

Top