Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Analisis : PRK Tanjong Piai

Analisis : PRK Tanjong Piai

Oleh ; Dr Khir Toyo

Struktur pengundi , 57 peratus Melayu dan 43peratus Cina adalah cabaran yg sangat mencabar kepada kedua dua kepimpinan parti BN dan PH,dalam memilih calon Prk kali ini.

Bagi PH, saya berkeyakinan akan kekalkan calon dari Parti Bersatu,pastinya calon melayu. Dalam suasana Tun M ingin kekal berkuasa selama yang boleh, parti Bersatu tidak akan tunduk kepada permintaan DAP dan PKR, utk meletakkan calon Cina pada Prk ini.

Jika Tun M, tunduk dan berikan kerusi ini pada calon Cina ia akan mengesahkan lagi pandangan rakyat bahawa Tun M jadi kuda tunggangan DAP, sesuatu yg tidak dapat Tun M terima di hujung kariernya.

Jika PH kekalkan calon dari Parti Bersatu pastinya calon Melayu, PH akan tempoh jalan sangat sukar kerana pengundi Melayu yang mengundi PH tempoh hari, ternampak jelas rasa menyesal dan tidak akan lakukan kesilapan yg sama, ditambah pula dengan terbentuknya muafakat Nasional antara UMNO dan PAS.

Apapun PH tidak ada pilihan lain, calon parti Bersatu akan tetap jadi taruhan kerana prk ini tidak mengubah kerajaan cuma jika tewas ia akan mengurangkan jumlah kerusi parti Bersatu dalam kerajaan.

Bagi BN situasi sama di hadapi, jika MCA berkeras ingin kekalkan kerusi teradisi mereka, sedangkan Umno berkeras juga mahu perubahan, calon Umno perlu di beri peluang selepas MCA gagal dalam pru lepas,dengan alasan pengundi Cina masih belum berubah tetap dgn DAP dan kerajaan PH,situasi ini pasti sangat sukar untuk Dato Seri Zahid membuat keputusan.

Seperti kata orang tua tua, diluah mati bapak ditelan mati emak.

Pandangan saya, kita patut melihat dari tasawur yg lebih luas.Sangat penting untuk Umno dan Pas melalui Muafakat Nasional menghantar isyarat yg sejelas jelasnya bahawa Muafakat Nasional bukan sekadar untuk orang melayu sahaja tetapi kesedian utk memimpin negara selepas Pru 15.

Jika Umno mengambil alih kerusi ini pasti lah ini akan memberi isyarak yang sangat buruk pada rakyat lebih lagi pada orang Cina dan juga India. Mereka akan merasa terancam dan mereka pasti akan membulatkan tekad utk terus bersama DAP dan PKR, hingga ke Pru 15.

Walaupun calon Umno lebih berpeluang untuk menang tinggi tetapi kemenangan itu mungkin merosakkan peluang utk Muafakat Nasional membentuk kerajaan selepas Pru 15 nanti.

Mengekalkan calon Mca, berhadapan dgn calon Bersatu, Melayu,dgn 57 peratus pengundi Melayu dan 43 peratus pengundi Cina rata rata tetap bersama Dap, pasti lah laluan sangat sukar untuk menang. Umno juga melihat pula MCA tidak begitu setuju dengan Muafakat Nasional, malah sikap sombong MCA ini membuat ramai pemimpin Umno dan Pas rasa terkilan dan berasa hati.

Penting sekali di waktu ini Umno dan Pas menghantar isyarat yang sangat jelas bahawa Muafakat Nasional adalah wadah perjuangan untuk seluruh rakyat dan kesediaan Muafakat Nasional untuk mewakili semua kaum memimpin negara selepas Pru 15 nanti.

Kita perlu rela mangalami kekalahan di prk demi untuk kemenangan yg besar di pru 15 akan datang.

Pandangan saya, BN wajar meletakkan Calon Cina tetapi bukan dari pemimpin besar MCA,tetapi calon Cina orang tempatan yg boleh di terima oleh pengundi tempatan oleh pengundi Melayu. Meskipun calon itu sekadar orang biasa atau pemimpin NGO di kawasan ini.

Jika kekalahan yang BN perolehi, ia tidak ubah kedudukan BN sebagai pembangkang tetapi rakyat akan bertambah yakin kejujuran Umno dan Pas untuk memimpin negara selepas Pru 15 dan menjadi kerajaan untuk semua dan ini juga akan nafikan bahawa Umno dan Pas berjuang untuk Melayu dan gerakan perkauman yang perlu di tolak rakyat.

Sebaliknya jika BN menang ia akan buka mata kepada pendokong MCA bahawa Muafakat Nasional adalah solusi yang rakyat nantikan untuk mengajar kerajaan PH yang semangkin bongkak lagi sombong ini.

Situasi ini juga akan membolehkan MCA di terima kembali oleh kaum Cina sebagai parti yang mewakili mereka dalam kerajaan baru seperti sebelum ini.

Terserahlah pada Dato Seri Zahid membuat pilihan. Pisau dan Timun di tangan beliau, cuma pesan saya jangan sampai terpotong jari sendiri, sakitnya sendiri yang rasa dan cacatlah tangan hingga ke akhirnya.

Leave a Reply

Top