Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Anak Syarikat Sime Darby Jual Saham Sime Kubota

Anak Syarikat Sime Darby Jual Saham Sime Kubota

KUALA LUMPUR, Anak syarikat milik penuh Sime Darby Bhd, Sime Darby Industrial Holdings Sdn Bhd, menjual 53 peratus kepentingan ekuitinya dalam Sime Kubota Sdn Bhd kepada Kubota Corporation pada RM25.87 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Sime Darby Bhd berkata susulan penjualan itu, Sime Kubota tidak lagi menjadi anak syarikat milik penuh tidak langsungnya tetapi sebagai syarikat sekutu 40 peratus miliknya.

“Penjualan Sime Kubota dijangka tidak menjejaskan pendapatan bersih atau aset bersih Sime Darby bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2019,” menurutnya.

Sime Kubota adalah syarikat sendirian berhad yang menjalankan pengedaran pelbagai peralatan ringan dan alat ganti berkaitan bagi kegunaan dalam sektor pertanian, pembinaan dan perindustrian.

Leave a Reply

Top