Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk aktiviti perkapalan kategori kedua di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang, sehingga Rabu ini.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak dijangka mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan, Palawan dan Sulu sehingga Rabu ini.

Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *