MH Online

Laman Suara Rakyat

AMANAH Yakin PH Masih Utuh

AMANAH Yakin PH Masih Utuh

MELAKA, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yakin Pakatan Harapan (PH) masih bersatu dan akan kekal kukuh, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Dalam mesyuarat memanglah ada pandangan yang berbeza, tapi kita masih lagi bersatu dan bersama. Saya yakin PH akan terus mantap menjelang pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Nasional 2020 AMANAH, di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berkomunikasi dengan beberapa pemimpin pembangkang lain.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata PH, akan terus mengadakan mesyuarat bagi mencari strategi terbaik untuk menyingkirkan Perikatan Nasional pada pilihan raya akan datang.

“Paling penting kita mesti perkukuhkan PH dahulu. Jika ada parti pembangkang lain mahu bersama (menyertai), kita akan bawa dalam mesyuarat PH supaya kekuatan kita lebih terserlah,” katanya.