MH Online

Laman Suara Rakyat

AMANAH Semakin Diterima

AMANAH Semakin Diterima

KEPALA BATAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) semakin diterima baik oleh rakyat dengan mencatat peningkatan bilangan ahli secara berterusan, terutama di Kelantan.

Presidennya, Mohamad Sabu, berkata malah, parti itu menerima 5,000 keahlian dari Kelantan pada bulan lalu.

“Jumlah itu membabitkan 40 peratus ahli berasal daripada PAS, manakala bakinya pelbagai parti lain.

“AMANAH sedang berkembang begitu pesat di Kelantan. Sebelum pilihan raya umum (PRU), keahlian kita dianggarkan antara 80,000 hingga 90,000 tetapi kini jauh melepasi 100,000.

“Kita sedang memacu dan keahlian bertambah, selain dasar kekal dengan Islam serta bersifat inklusif, walaupun baru berusia tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan bilik pameran dan pusat servis Honda Impian X 2019 di Pusat Bandar Bertam, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia merangkap Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhamad Faiz Fadzil, serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, Keiichi Yasuda.

Sementara itu mengenai perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menegaskan kementeriannya tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung isu pencerobohan ruang udara Pasir Gudang, Johor, yang diuruskan Kementerian Luar.