Alibaba Group Holding Ltd China mengambil alih kepentingan kawalan dalam Lazada, platform e-dagang utama di Asia Tenggara.

Urus niaga itu membabitkan pelaburan kira-kira US$500 juta dalam modal ekuiti yang baru diterbitkan oleh Lazada, dan pengambilalihan saham daripada pemegang saham tertentu, membabitkan jumlah pelaburan kira-kira US$1 bilion.

Transaksi itu dijangkakan membantu pengedaran serta jenama di seluruh dunia yang sudah pun menjalankan perniagaan menggunakan platform Alibaba, selain pedagang tempatan, untuk mengekases pasran pengguna di Asia Tenggara, katanya menerusi satu kenyataan di sini Rabu.

Lazada kini mengurus operasi platform e-dagang di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Enam negara ini secara gabungan mempunyai kira-kira 560 juta penduduk dan asas pegguna Internet seramai 200 juta.

Alibaba berkata berdasarkan hanya tiga peratus daripada jumlah jualan runcit di rantau ini dilakukan secara dalam talian, Asia Tenggara dijangkakan menawarkan pertumbuhan yang berpotensi besar bagi kedua-dua syarikat memandangkan penembusan Internet semakin meningkat.

Presiden Alibaba Michael Evans berkata pelaburan dalam Lazada memberikan kumpulan berkeadaan akses kepada platform yang mempunyai asas pengguna yang besar dan berkembang di luar China.

“Pelaburan ini konsisten dengan strategi kami untuk menghubungkan jenama, pengedar dan pengguna di mana sahaja mereka berada dan menyokong pengembangan ekosistem kami di Asia Tenggara bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SA Lazada, Max Bittner, berkata transaksi itu akan membantu Lazada mempercepatkan matlamat untuk menyediakan 560 juta pengguna akses kepada pelbagai produk yang paling luas dan paling unik.

“Selain itu, dengan memanfaatkan pengetahuan dan teknologi unik Alibaba akan membolehkan kami meningkatkan perkhidmatan dan menyediakan pengalaman membeli-belah dan menjual yang lebih menarik,” katanya.

Urus niaga itu melibatkan pembabitan Alibaba dalam aturan ‘kedudukan panggilan’ dengan pemegang saham Lazada tertentu yang memberikan Alibaba hak untuk membeli, dan pemegang saham hak untuk menjual secara kolektif, baki kepentingan masing-masing dalam Lazada pada nilai pasaran yang adil dalam tempoh 12 hingga 18 bulan selepas penutupan transaksi.

Lazada yang ditubuhkan pada 2012, merupakan gerbang e-dagang sehenti bagi jenama dan pengedaran tempatan dan antarabangsa kepada pengguna di enam pasaran utama di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Credit Suisse (Hong Kong) Ltd bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Alibaba dan Goldman Sachs (Asia) LLC sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Lazada.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *