Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Aishah Nafi Pernah Hasut Rakyat

Aishah Nafi Pernah Hasut Rakyat

KUALA LUMPUR, Penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin hari ini mengesahkan sekeping foto yang memaparkan kenyataannya memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersebar baru-baru ini adalah fitnah semata-mata.

Beliau turut menafikan pernah menghasut rakyat untuk memilih PH sebelum ini.

“Alhamdulillah di hari yang berokah ini ada orang buat fitnah tentang kita. Dosa bergeraklah kamu tanggung selagi benda ini diuar-uarkan,” katanya menerusi kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi kenyataan yang tersebar, Aishah didakwa memohon maaf kerana telah menghasut rakyat negara ini supaya memilih PH selain menggelarkan gabungan politik itu sebagai munafik.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu hit Janji Manismu pernah aktif dalam bidang politik sebelum membuat keputusan untuk berhenti selepas peralihan kerajaan baharu.

Leave a Reply

Top