Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ahmad Zahid Tidak Perlu Berehat

Ahmad Zahid Tidak Perlu Berehat

KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menegur saranan Pemuda Umno yang mahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti sementara daripada menjalankan tugasnya sebagai presiden parti sehingga kes pertuduhan mahkamah dihadapi beliau selesai.

Menurutnya, seranan tersebut hanya dilihat relevan sekiranya Umno masih merupakan parti pemerintah kerana pertuduhan terhadap Ahamad Zahid itu menganggu undang-undang di mahkamah.

“Dalam lanskap politik hari ini di mana Umno merupakan parti pembangkang dan tidak boleh mempengaruh proses undang-undang di mahkamah mahupun peguam negara maka tidak perlu presiden parti direhatkan.

“Sepatutnya seluruh ahli Umno bersama-sama mempertahankan presiden sehingga habis proses undang-undang di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta semua ahli Umno agar bertenang dan terus istiqamah bersama parti dalam perjuangan memenangi semula keyakinan rakyat.

”Janganlah ahli-ahli Umno bertindak mengikut emosi dan biarlah proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di mahkamah supaya dalam isu ini diberikan layanan adil sejajar dengan prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan kepada presiden.

“Saya berharap apa yang berlaku tidak mematahkan semangat perjuangan ahli-ahli parti,” katanya.

Tambah beliau, tanggungjawab utama semua ahli kini adalah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pemulihan dan memperkasakan semula parti.

“Sehubungan itu, semua pihak harus menunjukkan solidariti di saat Umno dan pemimpinnya sedang diuji,” katanya.

Leave a Reply

Top