Share on Facebook

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir meraikan majlis persandingan anak lelaki Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin di sebuah hotel di sini, sebentar tadi.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri pada jam 7.50 malam itu disambut Bung Moktar bersama isterinya Datin Seri Noorasidah Alimudin.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Ahmad Zahid turut melakukan upacara menepung tawar pasangan pengantin, Mohd Kurniawan Naim, 23, anak kedua daripada lima beradik dan pasangannya, Nur Atieqah Mohd Suffian, 25.

Mohd Kurniawan yang juga seorang ahli perniagaan dan isterinya yang bekerja dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), selamat dinikahkan di Wisma SESB di sini, pada 1 Disember baru lalu.

Lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan majlis persandingan malam ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *