Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ahmad Jazlan Fokus Tingkat Pendapatan Rakyat Machang

Ahmad Jazlan Fokus Tingkat Pendapatan Rakyat Machang

Oleh : Zainuddin Sanusi

MACHANG, Calon Barisan Nasional Parlimen Machang, Kelantan akan memberikan perhatian yang lebih kepada peningkatan pendapatan penduduk luar bandar di seluruh Parlimen Machang khasnya sekiranya beliau sekali lagi diberi mandat oleh rakyat Machang pada PRU14 9 Mei nanti.

Beliau berkata, dengan kedudukan bandar Machang yang strategik sebagai bandar penghubung dan bandar transit, beliau akan memastikan penduduk Machang dapat mempertingkatkan pendapatan mereka melalui kemudahan prasarana yang sedia ada dan kemudahan-kemudahan prasarana yang sedang dibina dan akan dibina.

Datuk Jazlan Yaakob yang juga merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah diakui oleh rakyat Parlimen Machang sendiri, telah banyak membawa perubahan kepada warga Machang khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Banyak rumah-rumah baru dibina dan dinaik taraf dalam usahanya memberi kehidupan yang selesa dan sama taraf kepada rakyat Machang.

Oleh yang demikian, beliau berharap kepada anak-anak Parlimen Machang yang berada di luar Machang dan di luar negeri Kelantan dapat menilai sendiri dan membuat pilihan yang tepat semasa hari pengundian pada 9 Mei nanti.

Leave a Reply

Top