KOTA KINABALU, Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti.

Katanya, perjuangan itu termasuk memberi sokongan kepada kepimpinan semasa bagi melancarkan matlamat parti untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

“Kita mesti tunjukkan komitmen kita kepada parti dan bukan kepada individu tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.

“Dalam hal ini, kita mesti beri sokongan kepada pemimpin kita sekarang iaitu presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin negeri (Pengerusi UMNO Sabah) Datuk Seri Musa Aman,” katanya ketika melancarkan pelepasan peserta Larian Hari UMNO Ke-71 di Sepanggar, dekat sini hari ini.

Mengenai larian itu, Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata program itu, yang disertai kira-kira 300 anggota, diharap dapat menyemarakkan semangat sayangkan parti dalam kalangan anggota.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Yamani Hafez Musa, yang merupakan pengerusi penganjur larian itu, berkata larian seluruh negeri itu merupakan sebahagian daripada program ‘Larian Bendera’ di seluruh negara.

“Di Sabah, UMNO Bahagian Sepanggar menjadi tuan rumah pelancaran larian ini dan peserta akan berlari sehingga Sulaman di mana peserta dari kalangan UMNO Bahagian Tuaran pula akan meneruskan larian ke Kota Belud dan seterusnya ke Kudat.

“Larian ini melibatkan 25 bahagian UMNO di Sabah yang akan berakhir di Kota Kinabalu pada hari ulang tahun UMNO pada 11 Mei ini, katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *