Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ahli Angkasa Perlu Bijak Buat Pilihan

Ahli Angkasa Perlu Bijak Buat Pilihan

SELAMA, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) meminta 6.5 juta anggotanya di seluruh negara supaya membuat pilihan bijak dan tidak mengikut emosi dalam menentukan kerajaan pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata ini setiap ahli perlu mengambil kira usaha serta komitmen kerajaan di bawah Barisan Nasional dalam membantu koperasi di negara ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak membantu koperasi dengan melakukan tranformasi kepada koperasi untuk memastikan ia terus mampan dalam meningkatkan perniagaan mereka.

“Ahli juga hendaklah membuat analitikal yang sewajarnya apa yang dijanjikan kerajaan kepada gerakan koperasi sehingga koperasi terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas program Tanggungjawab Sosial Korporat mengisikan minyak percuma kepada 3,000 penunggang motosikal di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menyarankan generasi muda supaya menubuhkan gerakan koperasi dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka,

Leave a Reply

Top