MH Online

Laman Suara Rakyat

Agong Kurnia Watikah Pelantikan 5 Perwakilan Malaysia Ke Luar Negara

Agong Kurnia Watikah Pelantikan 5 Perwakilan Malaysia Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada lima perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini.

Baginda turut berkenan menerima watikah pelantikan tiga ketua perwakilan asing ke Malaysia.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Lima perwakilan Malaysia ke luar negara terdiri daripada Datuk Bala Chandran Tharman yang akan bertugas di Persekutuan Rusia, Zamshari Shaharan (Qatar), Haznah Md Hashim (Bangladesh), Sazali Mustafa Kamal (Turki) dan Abu Bakar Mamat yang akan ke Chile.

Sementara perwakilan asing ke Malaysia pula ialah Azimbek Beknazarov yang mewakili republik Kyrgyz, Ary Norton De Murat Quintella (Persekutuan Rusia) dan Aliasghar Mohammadi dari Iran.