MH Online

Laman Suara Rakyat

Agihan Vaksin Tidak Babitkan Kanak-kanak

Agihan Vaksin Tidak Babitkan Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, Pengagihan vaksin COVID-19 yang dijangka diperoleh pada suku pertama tahun depan, tidak membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata pembangunan vaksin itu belum diuji ke atas golongan berkenaan dan hanya tertumpu kepada golongan dewasa.

“Sekarang ini, mana-mana vaksin COVID-19 yang dibangunkan belum lagi diuji kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

“Oleh itu, mereka tidak dapat menerima vaksin pertama pada tahun depan kerana kita akan memberi tumpuan kepada golongan dewasa untuk mencapai tahap imuniti kelompok,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta penjelasan hanya 70 peratus rakyat Malaysia akan divaksin sebaik bekalan diperoleh tahun depan.