Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan pengagihan kerusi di antara parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) diselesaikan secara rundingan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia diputuskan pada Mesyuarat MT parti yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di sini, malam tadi.

Katanya, MT UMNO juga memutuskan Pengerusi BN akan menentukan calon yang akan bertanding.

“Kita memberikan fleksibiliti kepada Pengerusi BN untuk menentukan calon sesuai berdasarkan syor yang diberikan parti komponen,” katanya pada sidang media Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pemilihan calon BN untuk PRU-14 dijangka tidak lagi berdasarkan kuota parti, sebaliknya keutamaan kepada calon boleh menang dan disukai pengundi.

Ia berdasarkan hasil kajian oleh ahli akademik yang mendapati kira-kira 60 peratus kejayaan BN pada pilihan raya disumbangkan oleh faktor calon.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *