Oleh: Hidayat Fansyuri

Kecoh di media maya perihal seorang Pegawai Khas Ahli Parlimen Ampang yang mempunyai kekayaan luar biasa dan mampu memiliki rumah bernilai jutaan ringgit serta beberapa buah kenderaan seperti mana didedahkan oleh seorang “facebooker”.

Dikatakan beliau menyandang jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang merangkap Pegawai kepada YB Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengikut penjelasan Adam Rosly kepada media hari ini beliau tidak pula menyebut dari mana datangnya kekayaan luar biasa yang beliau perolehi selain menafikan ini adalah tuduhan jahat UMNO dan Barisan Nasional.

Jika perkara ini terjadi kepada mana-mana ahli UMNO sudah pasti akan gegak gempitalah seluruh alam dan dalam ceramah-ceramah pembangkang menuduh ahli UMNO ini telah menyalah gunakan kedudukan dan wang kerajaan.

Adam Rosly perlu tampil menjelaskan apakah perniagaan yang dia jalankan dengan bukti-bukti yang sahih dari mana beliau memperolehi kekayaan ini, apatah lagi beliau baru berusia 28 tahun, sudah pasti kami anak muda ingin ketahui apakah rahsia beliau berjaya menjadi kaya raya seperti ini dalam usia semuda ini.

Beliau tidak boleh berdiam diri ataupun mengelak menjawab persoalan ini, apatah lagi beliau berada dalam organisasi politik parti yang memegang tampuk kuasa dalam negeri Selangor, kita tidak mahu wang rakyat Selangor disalah gunakan untuk tujuan mengkayakan kroni dan saudara mara ahli politik di Selangor.

Sebelum ini Rafizi Ramli ada melaporkan kepada SPRM perihal rasuah yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor namun hingga hari ini tiada apa tindakan kepada mana-mana ahli politik di Selangor.

Kita menuntut SPRM telus dalam menjalankan siasatan tidak kira kepada mana-mana pihak, sekiranya ada wang rakyat Selangor diselewengkan sila heret pelaku ke muka pengadilan.

Anak muda Selangor wajib bangkit untuk mendesak budak ini untuk menjelaskan dengan bukti-bukti sumber kekayaannya.

Petang tadi diberitakan rumah yang beliau duduki rupanya tiada meter elektrik dan meter air, kemungkinan beliau mencuri sumber elektrik dan air. Takkanlah rumah ala “disneyland” tak mampu nak masuk meter TNB dan Air Syabas, memalukan Majlis Datuk-Datuk negeri Pahang saja.

Sekali lagi saya menyeru Adam Rosly opss maafkan saya, Datuk Adam Rosly wajib tampil dengan bukti dari mana kekayaan ini diperolehi dan bukan dari sumber rasuah mahupun komisyen dari mana-mana projek di Selangor.

 

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *