MH Online

Laman Suara Rakyat

Abumeyang Perlu Kekal Bersama Arsenal

Abumeyang Perlu Kekal Bersama Arsenal

Mikel Arteta berharap Pierre-Emerick Aubameyang akan kekal di Arsenal untuk memburu lebih banyak kejayaan selepas pemain itu menjaringkan dua gol ketika menewaskan Chelsea 2-1 pada final Piala FA Inggeris.

Ia adalah trofi pertama kapten Arsenal itu sejak berpindah ke bola sepak Inggeris dari Borussia Dortmund dua setengah tahun lalu.

Kemenangan itu turut mengesahkan tempat Arsenal di Liga Europa musim depan selepas mereka tercicir daripada kejohanan Eropah buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kelapan.

Tetapi dengan Aubameyang terpaksa mengharungi satu lagi musim tanpa Liga Juara-Juara dan kontraknya hanya berbaki setahun di Emirates, pemain Gabon itu dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas ini.

“Dia memerlukan lebih banyak pengalaman dengan trofi. Kami boleh membantu dia membiasakannya.

“Dia tahu apa yang saya fikirkan tentangnya, saya mahu membina skuad daripadanya.

“Saya tahu dia mahu kekal, saat begini akan membantu dia menyedari serta percaya yang kami berada di landasan betul dan dia sebahagian besar daripadanya,” kata Arteta.

Chelsea kendalian Frank Lampard bermula baik dengan Christian Pulisic membuka jaringan hanya selepas lima minit permainan bermula.

Aubameyang mencetus kebangkitan Arsenal dengan mendapatkan penalti yang mudah disempurnakannya, dan gol kemenangan di babak kedua. – AFP