Kandungan Abby Abadi hasil perkahwinan terbaharunya dilaporkan mengalami keguguran.

Memetik laporan sebuah portal tempatan, Abby yang popular dengan dengan filem Gerak Khas itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin bagi proses mengeluarkan janin yang masih dalam kandungan.

Menurut suaminya, Muhammad Faizal Zakaria berkata, usia kandungan isterinya itu sudah mencecah usia lima bulan.

“Bayi sudah mempunyai cukup sifat. Tapi, semalam doktor dapati bayi sudah tidak bergerak ketika membuat pemeriksaan di klinik.

“Abby kini berada dalam keadaan stabil. Kami reda..mungkin belum ada rezeki,” katanya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40, berkahwin dengan Muhammad Faizal, 43, pada 14 Ogos 2015.

Sebelum itu, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha, 7, sebelum bercerai pada tahun 2008.

Pada tahun 2013, Abby bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sebelum bercerai.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *