Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > 89 Jemaah Tabligh Malaysia Ke Indonesia

89 Jemaah Tabligh Malaysia Ke Indonesia

PUTRAJAYA, Seramai 89 rakyat Malaysia dikenal pasti menyertai perhimpunan tabligh besar-besaran di Indonesia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka didapati keluar dari Malaysia sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan dibuat oleh Perdana Menteri.

Katanya, tidak dapat dipastikan bila mereka akan pulang ke tanah air namun memberi jaminan bahawa langkah kuarantin serta-merta akan ambil sebaik tabligh berkenaan pulang.

“Rakyat bimbang mengenai kumpulan tabligh di Indonesia. Kita dapati, dilaporkan 89 rakyat Malaysia terbabit dengan perhimpunan tabligh di Indonesia.

“Kita buat keputusan, semua jemaah tabligh berkenaan di Indonesia yang pulang akan dikuarantin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan ada membincangkan cadangan untuk kuarantin rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Bagaimanapun, katanya, perincian langkah itu akan dibincangkan dalam mesyuarat esok selepas mendapat maklumat daripada Jabatan Imigresen mengenai jumlah rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Leave a Reply

Top