MH Online

Laman Suara Rakyat

88 Pelajar IPT Zon Utara Pulang Malam Ini

88 Pelajar IPT Zon Utara Pulang Malam Ini

KUALA LUMPUR, Seramai 88 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dari zon utara akan bergerak pulang ke zon tengah bermula malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelajar berkenaan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang dan Merbok serta Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi perjalanan esok pula, seramai 4,878 pelajar akan bergerak secara interzon (zon sama) antaranya membabitkan zon utara (653); zon timur (1,165), zon sabah (2,164) Wilayah Persekutuan Labuan (11) dan Sarawak (833).

“Mereka akan bergerak menggunakan bas semalam yang membawa pelajar dari zon tengah ke zon utara selepas bas itu disanitasi akan bergerak,” katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 790 pelajar IPT pulang malam tadi dari sembilan universiti ke zon utara iaitu Perak, Perlis dan Pulau Pinang sudah selamat tiba di kampung masing-masing.