MH Online

Laman Suara Rakyat

84 PATI Ditangkap Cuba Ceroboh Masuk Melalui Lorong Tikus

84 PATI Ditangkap Cuba Ceroboh Masuk Melalui Lorong Tikus

KUALA LUMPUR, Seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap kerana menceroboh negara melalui lorong tikus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemantauan bagi mengawal sempadan termasuk ‘lorong tikus’ diperhebat dan diperketatkan bagi membendung penularan COVID-19 daripada kluster import ke negara ini.

“Setiap agensi keselamatan terbabit memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara terutamanya di lorong tikus bagi mengelak pendatang asing tanpa izin membolosi sempadan negara, sekali gus membendung penularan COVID-19 ke dalam negara.

“Ini kerana, kerajaan sentiasa tegas dalam memastikan sempadan serta kedaulatan negara tidak dicerobohi, ” katanya pada sidang media PKP harian di sini, hari ini.