Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan 84 kanak-kanak, seorang daripadanya berumur tiga bulan dan menahan 120 yang lain dalam operasi membanteras pemerdagangan seks kanak-kanak di seluruh negara, kata pegawai semalam.

Kebanyakan mereka ditahan mengiklankan dan menjual kanak-kanak dalam talian untuk tujuan seks, kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Pusat Kanak-kanak Hilang dan Eksploitasi Kebangsaan (NCMEC) dalam satu kenyataan.

Dikenali sebagai Operasi Cross Country XI, ia dijalankan di hotel, kasino dan perhentian trak, selain di jalanan dan laman web, kata mereka.

Operasi itu turut membabitkan penangkapan sejumlah pekerja seks dewasa, termasuk 20 pelacur di Oregon.

Terdahulu, Operasi Cross Country mendapat kritikan hebat oleh peguam bela mewakili pekerja seks yang mendakwa mereka adalah mangsa eksploitasi dan tidak patut dikenakan tindakan jenayah. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *