Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > 6 Soalan Kepada Mohamad Ariff

6 Soalan Kepada Mohamad Ariff

Oleh : Kamarul Yusoff

Dalam kenyataan medianya hari ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, menyatakan “apa jua pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu bersifat adil dan saksama serta menjaga integriti Dewan Rakyat dan Parlimen sentiasa terpelihara”.

Enam soalan saya kepada Tan Sri Mohamad Ariff adalah:

  • Bolehkah apa jua pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri bersifat adil dan saksama bila Tan Sri masih lagi menjadi ahli AMANAH walaupun telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin serta Ahli Majlis Penasihat Pakar AMANAH?

 

  • Bolehkah apa jua pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri bersifat adil dan saksama bila individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Tan Sri selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas adalah pemimpin dan peguam AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim?

 

  • Bolehkah apa jua pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri bersifat adil dan saksama bila seorang lagi individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Tan Sri selaku Setiausaha Sulit adalah anak Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, iaitu Siti Fatihah?

 

  • Tidakkah selaku ahli AMANAH Tan Sri akan berkewajipan untuk mematuhi setiap keputusan dan arahan daripada pimpinan AMANAH, dan tidakkah Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Setiausaha Sulit Tan Sri selaku pemimpin dan anak pemimpin tertinggi AMANAH akan memastikan Tan Sri mematuhi setiap keputusan dan arahan daripada pimpinan AMANAH?

 

  • Bolehkah apa jua pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri bersifat adil dan saksama bila anak Tan Sri, iaitu Lufti Hakim, hidup makan gaji selaku Setiausaha Akhbar dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan?

 

  • Dan tidakkah selaku seorang lantikan politik Tan Sri yang kononnya mementingkan sifat adil dan saksama serta menjaga integriti merasa berkewajipan untuk secara sukarela meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah pihak yang melantik Tan Sri tidak lagi berkuasa?

One thought on “6 Soalan Kepada Mohamad Ariff

Leave a Reply

Top