Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Permaisuri Jordan lawat kem pelarian di Lesbos

Permaisuri Jordan lawat kem pelarian di Lesbos

Pemaisuri Jordan melawat kem pelarian di Kepulauan Lesbos, Greece pada Isnin.

Dalam satu laporan AFP, Permaisuri Rania Al-Yassin bertitah, krisis pelarian ini luar biasa dan Greece tidak boleh menjadi perhentian terakhir bagi pelarian ini.

“Kepulauan Lesbos kini menjadi tumpuan cabaran pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan sangat penting untuk mencari alternatif undang-undang, jalan yang lebih selamat dan berkesan terhadap Eropah,” titahnya.

Selepas perlaksanaan perjanjian kesatuan Eropah dan Turki, jumlah pendatang dan pelarian ke Greece sejak April lalu berkurangan kepada 3,000 orang.

Namun 10,000 pelarian masih lagi terperangkap di sempadan Greece dan Macedonia dengan satu per tiga daripada jumlah berkenaan adalah kanak-kanak.

Leave a Reply

Top