MH Online

Laman Suara Rakyat

5 Tentera UAE Terbunuh Di Yaman

5 Tentera UAE Terbunuh Di Yaman

Sekurang-kurangnya lima tentera dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan menyasarkan markas mereka di bandar Abyan, semalam.

Sumber keselamatan memberitahu, markas tentera tersebut dikendalikan tentera Yamann yang disokong UAE.

Ia menambah, penyerang yang menggunakan senjata ringan dan pelancar roket melarikan diri dan gagal ditangkap.

Sementara itu, pihak berkuasa percaya serangan didalangi anggota kumpulan serpihan Al-Qaeda.

Andaian itu dibuat berdasarkan kes serangan tahun lalu yang didalangi kumpulan tersebut.

Pada Ogos tahun lalu, pihak berkuasa di Abyan mengisytiharkan mereka telah menumpaskan Al-Qaeda di bandar tersebut. – Agensi