Share on Facebook

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Muadzam Shah, Pahang, Dato’ Sri Maznah Mazlan mengandaikan walaupun tempuh jawatan seseorang wakil rakyat itu hanya lima tahun sahaja tetapi beliau tidak (selepas itu pilihan raya diadakan semula) sekali-kali memperdulikan tempuh tersebut ketika berbakti kepada masyarakat.

“Kenapa saya kata begitu sebab bagi saya soal berkhidmat kepada masyarakat ini memang tidak pernah habis.

“Maksud saya apabila kita diberi amanah dan tanggung jawab bekerjalah seolah-olah kita dipertanggung jawabkan sehinggga 100 tahun . “Komitmen, dedikasi dan kebertanggung jawapan itu tidak boleh reda , momentum dan usaha untuk bekerja keras kena berterusan dan tidak terkongkong kepada ruang masa yang pendek,” katanya.

“Jadi untuk jadikan semangat bekerja saya terus membara dan bersemangat, saya cakap pada diri saya sendiri seolah-olah tugas saya sebagai wakil rakyat ini macam 100 tahun,” katanya ketika di temui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Maznah antara wakil rakyat paling lama di Pahang dan di negara ini. Kepercayaan pucuk pimpinan terhadap  beliau dengan menjalankan tugas dan amanah dengan begitu berkesan antara sebab Maznah sudah lima penggal menerajui Muadzam Shah.

Untuk pilihan raya yang bakal di adakan pada tahun hadapan, beliau tidak berani meramalkan nasib dirinya sama ada tercalon ataupun tidak untuk mempertahankan Muadzam Shah.

Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan negeri dan negara untuk menentukan nasib masa depannya dalam persada politik negara.

Kata beliau sebagai seorang ahli Umno yang banyak terhutang budi kepada parti keramat itu beliau masih belum selesai membalas budi parti dan kerajaan, walaupun lima penggal sudah berkhidmat.

“Kalau ikutkan hati, memang tak setimpal balasan yang saya berikan kepada parti dan kerajaan. Terlalu banyak kerajaan memberi bantuan kepada penduduk dikawasan saya sehinggakan Muadzam kini sudah berubah wajah menjadi bandar moden dan pembangunan bagai cendawan dibasahi hujan,” katanya.

Sebagai orang parti beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengenai nasibnya dalam lanskap politik negeri dan negara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *