MH Online

Laman Suara Rakyat

489 Individu Ingkar PKP Ditahan Semalam

489 Individu Ingkar PKP Ditahan Semalam

KUALA LUMPUR, Seramai 489 individu ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam, iaitu mencatatkan penurunan semula berbanding 606 pada hari sebelumnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 465 direman dan 24 lagi diberikan jaminan polis.

“Pada hari ke-14, iaitu hari terakhir PKP fasa ketiga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 832 sekatan di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan terhadap 616,917 kenderaan, selain 41,830 pemeriksaan mengejut dan pemeriksaan 6,698 premis.

“Jumlah kumulatif tangkapan hingga semalam ialah seramai 21,106 individu dengan 714 sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan berkenaan,” katanya pada sidang media harian, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, PDRM sudah menerima 19 laporan polis membabitkan kes berkaitan pelarian Rohingya dan membuka empat kertas siasatan mengenainya.