MH Online

Laman Suara Rakyat

4 Pekerja Bank Muamalat Disahkan Positif Covid 19

4 Pekerja Bank Muamalat Disahkan Positif Covid 19

KUALA LUMPUR, Bank Muamalat Malaysia Bhd mengesahkan empat lagi pekerjanya di cawangan Kota Kinabalu diuji positif COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di cawangan itu kepada lima orang.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata pekerja yang dijangkiti di cawangan Aeropod Commercial Square sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

Cawangan itu ditutup minggu lalu bagi membolehkan prosedur sanitasi dan pembersihan dijalankan selepas seorang pekerja disahkan positif COVID-19.

“Semua rakan sekerja yang berhubung secara langsung dengan pekerja terbabit diminta untuk kuarantin diri di rumah selama 14 hari, sehingga diberi pelepasan perubatan yang sewajarnya.

“Pengesanan kontak juga sedang dijalankan selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan,” menurut bank itu.

Waktu perniagaan bagi cawangan terpilih diubah untuk beroperasi dari jam 9.15 pagi hingga 3 petang sahaja. Ini bagi mengurangkan kemungkinan risiko kesihatan disebabkan oleh peningkatan jumlah kes COVID-19.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa perniagaan terus beroperasi seperti biasa, dengan gangguan yang minimum di samping menjaga keselamatan sebagai keutamaan,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati www.muamalat.com.my atau hubungi 03-2600 5500.