Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > 399 Orang Terima Dividen RISDA Negeri Kedah

399 Orang Terima Dividen RISDA Negeri Kedah

SUNGAI PETANI, Seramai 399 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Kedah menerima dividen Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) bagi tahun lepas itu berjumlah RM908,020.

Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata dividen itu adalah sebahagian daripada jumlah yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis peringkat nasional yang berlangsung di Temerloh, Pahang pada 2 April lepas.

“Perdana Menteri telah mengumumkan sejumlah RM112.33 juta dividen keseluruhan Risda untuk 2017 dengan pecahan RM39.59 juta bagi dividen RTBB dan RM72.73 juta untuk dividen TSK (Tanam Semula Komersial),” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan replika cek dividen itu kepada Pengarah Risda negeri ini Ramlie Tumin di sini.

Turut hadir Anggota Pihak Berkuasa Risda Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM36 juta kepada Risda Kedah untuk tahun ini bagi menjayakan program pembangunan Risda seperti tanam semula, keusahawanan, insentif produktiviti getah dan lain-lain

Dalam perkembangan lain, Zahidi berkata Risda merancang untuk melaksanakan program penanaman penanaman pokok jenis ‘Sacha Inchi’ dalam usaha meningkatkan pendapatan isteri pekebun kecil yang tidak bekerja.

“Sekarang ini Risda Ventures Sdn Bhd sedang menjalankan tanaman percubaan, kemudian benih kita akan bagi, dan saya ingat akan mula dalam tempoh dua bulan ini yang mana anggaran kita, mereka boleh mendapat pendapatan antara RM200 hingga RM300 sebulan hasilnya nanti,” katanya.

Pokok itu mempunyai buah berbentuk seperti biji getah yang mengeluarkan minyak jenis Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang berfungsi untuk memulihkan tenaga serta kesihatan badan.

Leave a Reply

Top