MH Online

Laman Suara Rakyat

360,000 Rakyat Malaysia Ikrar Untuk Cegah Flu Dalam Norma Baharu

360,000 Rakyat Malaysia Ikrar Untuk Cegah Flu Dalam Norma Baharu

Dunia kini sedang melalui masa yang sukar disebabkan COVID-19, tetapi, ada penyakit berjangkit lain yang tidak boleh kita lupakan iaitu influenza (flu).

Flu merupakan ancaman serius yang meragut ribuan nyawa di seluruh dunia. Kita boleh dijangkiti flu pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Flu boleh dikelirukan sebagai COVID-19 kerana kedua-dua penyakit ini berkongsi simptom yang sama, dan perkara ini boleh menyebabkan tekanan dan kegelisahan yang tidak wajar.

Tambahan pula, kes flu selalunya akan meningkat sekitar waktu ini, setiap tahun. Sekiranya wabak influenza berlaku (seperti yang kita alami pada awal tahun 2020), ianya akan menambah beban perkhidmatan kesihatan dan mengalihkan sumber kesihatan yang diperlukan oleh pesakit COVID-19.

Baru-baru ini, Immunise4Life telah melancarkan kempen besar-besaran ‘Cegah Flu, Norma Baharu’, di mana lebih 360,000 orang rakyat Malaysia telah mengatakan ‘YA’ untuk pencegahan flu.

Immunise4Life (IFL), ialah program pendidikan vaksinasi autoritatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia, dan Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi, Malaysia.