Anda di sini!
Utama > Luar Negara > 35 Mayat Dalam Kubur Besar

35 Mayat Dalam Kubur Besar

Pihak berkuasa tempatan menemui 35 mayat dalam kubur besar di negeri Jalisco, di pantai tengah Pasifik di Mexico, kata pegawai semalam.

Pendakwa raya Gerardo Octavio Solis, berkata kebanyakan mayat terletak di ladang di bandar Zapopan.

“Antara yang meninggal dunia adalah 27 mayat diikat ketika dibunuh.

“Kami mengenal pasti dua daripada mereka buat masa ini,” kata Solis pada sidang akhbar.

Bilangan mayat mungkin lebih banyak apabila pasukan forensik menamatkan tugas memproses lokasi, katanya.

“Kami mengorek sehingga tiga meter dalam.

“Kami menggunakan mesin berat, dengan jurutera melakukan pengiraan struktur kerana tidak mahu melemahkan beberapa tembok perimeter,” katanya.

Solis berkata, tengkorak tujuh daripada mereka dan mayat lain ditemui di premis rumah terletak di Guadalajara, bandar raya kedua paling sesak di Mexico.

Keluarga yang kehilangan saudara mara bergegas mengunjungi pihak berkuasa di Jalisco untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.

Lebih 4,000 hilang dan dianggap mati sejak kempen memerangi dadah Mexico diserahkan kepada tentera pada lewat 2006.

Lebih 250,000 maut dalam jenayah ganas di Mexico sejak itu, menurut data kerajaan.

Tahun lalu sahaja, Jalisco mencatatkan 2,418 kes bunuh. Sejak Januari hingga Mac tahun ini, 720 kes bunuh dicatatkan di negeri itu, menurut data rasmi. — AFP

Leave a Reply

Top