Anda di sini!
Utama > Hiburan > 30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM33

30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM33

Persoalan mengenai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir (SFMM33) telah terjawab. Ini merupakan perhentian terakhir bagi 30 buah lagu bersaing dan hanya 12 lagu layak mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).

30 lagu yang bakal berentap ini adalah hasil undian para peminat di carta Muzik-Muzik 33, tiada lagi jalan pintas menerusi Showcase seperti tahun-tahun sebelum ini. SFMM33 yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni (Haziq Hot FM) bakal bermula pada 9, 16 dan 23 November ini, bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Saksikan persembahan pembukaan hos-hos SFMM 33 yang menampilkan parodi AJL32, K-pop dan mash-up lagu-lagu yang tular kini. Selain itu, SFMM33 juga memaparkan persembahan gabungan artis lama dan baharu seperti Bumi Putra Rockers, Black, Flop Poppy, Hafiz Suip, Gersang dan Hazama.

Berikut adalah senarai 30 lagu yang layak mengikut turutan minggu persembahan:

  • Persembahan SFMM33 (Minggu pertama, 9 November)
  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. SUFIAN SUHAIMI Di Matamu Sirkhan & Rinkarnaen Sirkhan & Rinkarnaen
2. QODY Dia Ippo Hafiz Ippo Hafiz
3. ARIFF BAHRAN Kata Akhirmu Rudy Kasmaran, Jimmy Asmara, Sang Hitam Rudy Kasmaran, Sang Hitam
4. ALIF SATAR Sesungguhnya Aku

 

Faizal Tahir, Romeo, Mike Chan, Ezra Kong Faizal Tahir, Romeo, Mike Chan, Ezra Kong
5. KUGIRAN MASDO Bercanda Di Malam Indah Ali Sariah Ali Sariah
6. LIZA HANIM Mimpi Hafiz Hamidun Fedtri Yahya
7. DEWI SERIESTHA Seindah Berdua Dewi Seriestha Dewi Seriestha
8. DAYANG NURFAIZAH Dia Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini
9. SITI SARAH Semakin Mera Utama Mera Utama
10. AMYLEA X KAER Tak Pernah Hilang Farouk Roman Amylea
11. BEN LADIN Hikayat Benladin Dedeq & Malique Dedeq & Malique

 

  • Persembahan SFMM33 (Minggu kedua, 16 November)
  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. ALTIMET Bunga Omar K, John Jeevasingam Altimet
2. KHAI BAHAR Luluh Khai Bahar Khai Bahar
3. KHAI BAHAR & FATIN HUSNA Rahsia Kita Harris Yusoff Jim Bimasakti
4. AKIM & THE MAJISTRET Stereotype

 

Laq & Hang Nadim Laq & Hang Nadim
5. AMAN AZIZ Sulit Asfan Shah Asfan Shah & Fedtri Yahya
6. ARA JOHARI Bunga Hang Nadim, Laq, Kadok Hang Nadim, Laq, Kadok
7. SHIHA ZIKIR Jagakan Dia Ippo Hafiz Ippo Hafiz
8. HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH Haram Hael Husaini & Ezra Kong Hael Husaini & Ezra Kong
9. ISMAIL IZZANI Demi Kita Omar K, Ezra Kong, Adib Hamdi Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani
10. STACY Cakap Ke Tangan Hang Nadim & Laq Hang Nadim
11. SYAMEL Kau Pun Sama Syamel & Kidd Santhe Syamel

Leave a Reply

Top