MH Online

Laman Suara Rakyat

3 Menteri Kabinet Britain Akan Letak Jawatan

3 Menteri Kabinet Britain Akan Letak Jawatan

Tiga menteri Kabinet Britain dilapor bakal meletakkan jawatan, sekiranya Boris Johnson dipilih sebagai Perdana Menteri negara itu.

Akhbar The Times menerusi laman webnya melaporkan, Menteri Keadilan, David Gauke akan melepaskan jawatannya, sebaik sahaja Theresa May menyelesaikan tugasnya, iaitu menjawab soalan di Parlimen pada Rabu depan.

Yang turut mengikut jejak langkah Gauke, adalah Menteri Kewangan, Philip Hammond dan Menteri Pembangunan Antarabangsa, Rory Stewart.

Hammond dan Stewart juga bercadang meletakkan jawatan masing-masing sebelum Johnson menjadi Perdana Menteri Britain. – Reuters