MH Online

Laman Suara Rakyat

238 Kertas Siasatan Kes Berita Palsu

238 Kertas Siasatan Kes Berita Palsu

KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19 setakat semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, sejumah 170 masih dalam siasatan, 24 sudah didakwa di mahkamah dan 13 mengaku salah.

“Saya meminta orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh semak kesahihan itu di portal sebenarnya.my.

“Saya perlu beri ingatan jika tidak pasti jangan sesekali kongsi kerana mereka yang menyebarkan dan berkongsi berita palsu boleh dikenakan tindakan tegas oleh PDRM dan SKMM,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 272 operasi sanitasi awam dilakukan di 44 zon merah dan kuning di 11 negeri.

Ismail Sabri berkata, ia termasuk 57 di Johor dan 42 di Perak merangkumi 46 bangunan kerajaan, 37 tempat awam, 59 pusat perniagaan dan lapan pasar raya.

Katanya, sebanyak 225 pusat kuarantin dibuka semalam berbanding 221 hari sebelumnya, dengan 1,267 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib semalam.

“Seramai 23,214 rakyat Malaysia pulang dari luar negara dikuarantin wajib sejak 3 April lalu dan sejak 17 April, seramai 9,281 se