Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab adalah antara 22 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran berkuatkuasa 19 Januari depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Abdul Ghafar akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Tempat beliau akan diisi oleh Datuk Wira Chuah Ghee Lai yang ketika ini ialah Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.

Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah pula akan mengambil alih tempat Chuah.

Kenyataan itu turut memaklumkan Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din akan bertukar jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat CP dan tempat beliau akan diganti Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan.

Timbalan Pengarah III, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sahabudin Abd Manan akan mengambil alih tempat Abd Jalil dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Datuk Ramli Hassan akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas, Bukit Aman manakala juruiring kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sanusi Sidek akan bertukar jawatan sebagai Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zainal Abu akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Shamsudin Mat yang bertukar jawatan sebagai Komandan Pulapol Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Datuk Abd Razak Elias akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah III, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman.

Ketua Unit Penguatkuasaan, Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abd Rahman akan bertukar jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan, Superintendan Luqman Abdul Rahman akan mengambil alih jawatan Mohamad Zulkarnain dengan memangku pangkat ACP.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *