LAHAD DATU, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu merampas hampir 2,000 kilogram minyak masak hasil serbuan ke atas sebuah premis di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK daerah, Rino Hisham Abu Bakar berkata, premis itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual minyak masak tanpa lesen sah.

Beliau mengetuai sendiri operasi tiga jam bermula 11.30 pagi itu bersama enam anggota penguat kuasa KPDNKK daerah.

“Hasil serbuan ke atas premis itu, KPDNKK Lahad Datu merampas minyak masak botol masing-masing seberat dua, lima dan 17 kilogram.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dan jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rino Hisham mengingatkan para peruncit atau pemborong yang ingin menjalankan perniagaan barangan kawalan agar mendapatkan terlebih dahulu lesen berkaitan menerusi laman sesawang http://www.bless.gov.my/bless bagi mengelak mereka dikenakan tindakan sama.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *