MH Online

Laman Suara Rakyat

2 Kes FELDA Disiasat Semula

2 Kes FELDA Disiasat Semula

KUALA LUMPUR, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, mengesahkan sudah menerima laporan untuk membuka semula kertas siasatan berhubung projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak, di sini, yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada siasatan susulan (NFA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya mengesahkan sudah menerima dua laporan polis berhubung siasatan kes berkenaan yang dilaporkan oleh Pengarah Besar FELDA, Datuk Othman Omar.

“Dua laporan polis sudah diterima setakat ini, termasuk dari FELDA berhubung projek KLVC dan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam urusan jual beli saham oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk kes KLVC, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu, manakala untuk kes urusan jual beli saham, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 kanun yang sama atas kesalahan melakukan pecah amanah ,” dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata pada masa ini, pihaknya sedang menjalankan proses mengenalpasti individu yang akan dipanggil sama ada pegawai atau kakitangan FELDA serta Lembaga Pengarah dan individu yang dirasakan mempunyai maklumat berhubung kes yang dilaporkan.

“Pada masa ini adalah terlalu awal untuk mengeluarkan sebarang perkembangan siasatan berikutan laporan polis yang baru dilaporkan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebaik kami memperoleh beberapa petunjuk,” katanya.