MH Online

Laman Suara Rakyat

1,890 Lepasan SPM Terima Tajaan Program Pelajar Cemerlang Mara

Seramai 1,890 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima tajaan biasiswa di bawah Program Pelajar Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2016.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata Mara memperuntukkan dana hampir RM10 juta bagi membiayai pengajian pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara tahun ini.

“Melalui program ini, pelajar ditawarkan mengikuti program dalam bidang strategik seperti perubatan, sains gunaan, perakaunan, kejuruteraan, seni bina dan ekonomi,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.