Anda di sini!
Utama > Ekonomi > 136,569 Unit PR1MA Masih Dalam Pembinaan

136,569 Unit PR1MA Masih Dalam Pembinaan

Perbadanan PR1MA Malaysia sudah meluluskan pembinaan sebanyak 265,033 unit kediaman Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) sehingga kini dan daripada jumlah itu, 136,569 unit masih dalam pembinaan.

Perbadanan PR1MA Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini 166,972 orang sudah memohon untuk membeli kediaman itu, daripada keseluruhan 1.41 juta yang mendaftar dengan perbadanan itu.

Perumahan itu adalah untuk golongan pertengahan dengan pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM15,000 sebulan, yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Semalam, PR1MA mengumumkan pembeli kediaman itu kini boleh memohon untuk skim pembiayaan akhir istimewa iaitu Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) yang dilancarkan pada Februari lalu.

Pembeli yang berminat untuk menyertai skim berkenaan boleh memohon melalui rakan perbankan perbadanan itu iaitu Maybank, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Bhd dan Kumpulan AmBank.

Leave a Reply

Top