MH Online

Laman Suara Rakyat

131 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Positif Covid 19

131 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Positif Covid 19

KUALA LUMPUR, Seramai 131 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air sejak 3 April lalu disahkan positif COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan mewajibkan individu yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin berjaya membendung penularan COVID-19 dan mengekang wujudnya kluster import.

“Seramai 1,794 rakyat Malaysia pulang ke tanah air pada Khamis (23 April) dikuarantin wajib dengan jumlah keseluruhan yang menjalani proses itu sejak 3 April lalu ialah seramai 19,945.

“Sejak 17 April lalu, seramai 6,778 individu sudah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media PKP harian, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 209 pusat kuarantin beroperasi berbanding 204 pada hari sebelumnya yang mana 16,633 individu sedang menjalani proses berkenaan.