Anda di sini!
Utama > Luar Negara > 13 Rakyat Rusia Jalankan Kempen Rahsia

13 Rakyat Rusia Jalankan Kempen Rahsia

Pendakwa raya khas Amerika Syarikat (AS), yang menyiasat campur tangan Moscow dalam pilihan raya presiden 2016 semalam mendakwa 13 rakyat Russia menjalankan kempen rahsia untuk mengganggu undi.

Ia termasuk tuduhan pertama oleh peguam khas Robert Mueller yang memperincikan satu operasi yang dilancarkan pada 2014 untuk memenangi pilihan raya dan mempengaruhi politik AS ‘termasuk’ pemilihan presiden 2016.

Mueller mendakwa pada pertengahan 2016, kempen di bawah arahan Yevgeny Prigozhin, sekutu rapat Presiden Russia Vladimir Putin dilaporkan memfokus untuk meningkatkan sokongan terhadap Trump dan mensabotaj pesaingnya termasuk Hillary Clinton dari parti Demokrat.

Ia didakwa membabitkan ‘ratusan’ kakitangan yang bekerja secara syif dengan peruntukan berjumlah jutaan dolar. Difahamkan tiga syarikat turut didakwa.

Walau bagaimanapun, Moscow menafikan dakwaan itu sebagai ‘tidak masuk akal’.

Menurut pertuduhan, anggota kumpulan itu menyamar sebagai warga negara AS di Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram dengan memuat naik kandungan untuk mencapai ‘jumlah tertentu’ rakyat Amerika. – AFP.

Leave a Reply

Top